Tazkiyatun NAfs

Tugasan Teknologi Maklumat

PENGENALAN KEPADA SISTEM PENGOPERASIAN 

          Perisian komputer boleh dibahagikan kepada perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem adalah perisian yang berada dibelakang perisian aplikasi. Ia bertujuan untuk menghidupkan komputer dan untuk menyelaras komponen-komponen perkakasan dan perisian aplikasi. Ia juga membolehkan pengguna beriteraksi dengan komputer.
Perisian aplikasi mengandungi aturcara yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak penguna. Peirisan aplikasi boleh dibahagikan kepada perisian asas dan perisian termaju. Perisian asas meliputi perisian yang digunakan untuk meningkatkan produktiviti pengguna. Contoh perisian asas adalah seperti elektronik (MS-Excel, Quattro Pro), pemproses kata (MS Word, WordPerfect, AmiPro), Pengkalan Data (MS Access, Fox Pro, Paradox), aksesori atas meja dan aturcara komunikasi. Perisian termaju adalah perisian untuk tujuan khas dan memerlukan kepakaran untuk menggunakannya. Contoh perisian termaju adalah seperti DTP (dekstop publishing) (PageMaker, Illustrator, Photoshop), pengurusan projek (MS Project) dan CAD/CAM (AutoCAD, S-SCAD).
Antara peranan perisian sistem ialah memberitahu komputer bagaimana menterjemah data dan suruhan, bagaimana menjalankan periferal komputer seperti pencetak dan pemacu cakera dan bagaimana menggunakan perkakasan komputer. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori: sistem pengendalian, aturcara utiliti dan perterjemah bahasa. Aturcara utiliti adalah seperti pengimbas virus, pengformat cakera keras, perisian pemampat, dan perisian membuat salinan arkib. Penterjemah bahasa meliputi pengkompil, pentrjemah dan penghimpun.
FUNGSI
 Sistem pengendalian adalah salah satu dari perisian sistem. Ia adalah satu aturcara komputer yang paling kompleks dan penting untuk komputer. Sistem pengendalian membolehkan komputer mengenali pemproses (CPU), ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dan sebagainya. Aturcara ini juga menyediakan kemudahan untuk penguna berkomunikasi dengan komputer dan bertindak sebagau landasan untuk menjalankan perisian aplikasi.
Sistem pengendalian biasanya lazimnya terdiri daripada beberapa program asas. Satu program yang penting dalam sistem pengendalian dikenali sebagai program penyelia. Program ini juga dikenali sebagai monitor, executive, kernel atau command processor.
Antara fungsi sistem pengendalian ialah:
  • menyediakan antara muka kepada penguna untuk mengunakan komputer. Terdapat dua jenis antara muka iaitu antaramuka baris perintah dan antaramuka grafik. Dengan mengunakan antaramuka baris perintah, penguna perlu manaip perintah. Antara muka ini juga dikenali sebagai CUI (character user interface). Lazimnya, sistem pengendalian berasakan CUI mempunyai satu lapisan lain yang bertindak sebagai cangkerang (shell). Antara muka grafik GUI pula menyediakan ikon, kotak dialog dan menu.
  • menguruskan perkakasan seperti komponen-komponen input (tetikus, paparan kekunci, pengimbas), output (pencetak, skrin, audio, video), storan sekunder (cakera keras) dan ingatan untama RAM.
  • menguruskan sistem fail cakera keras. Sistem pengendalian akan menguruskan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder.
  • menguruskan proses atau perjalanan perisian yang lain. Andaikan perlaksanaan satu perisian sebagai satu proses.Jika mengunakan tiga perisian serentak (contohnya, memproses perkataan dengan WordPerfect, meluncur internet dengan Netscape dan mendengar muzik dari CD-ROM atau Winamp), maka terdapat 3 proses yang dilaksanakan dalam komputer. Ia dikenali sebagai multitugasan.
...

0 comments:

Post a Comment